SCIHAT › Senaman

Latihan pergelangan tangan dengan pemberat

Latihan pergelangan tangan dengan pemberat

Melatih otot yang mengangkat pergelangan tangan dengan pemberat menguatkan genggaman tenodesis anda.

Dos yang disyorkan
10 ulangan × 2–3 set · 3 kali seminggu
Masa
6 minit
Tahap kecederaan yang sesuai
C5-C8
Gred ASIA
A, B, C, D
Peralatan
Dumbbell / pemberat
Bantuan diperlukan
Anda biasanya boleh melakukannya sendiri.

Cara melakukannya

  1. Letakkan lengan di atas meja, tapak tangan ke bawah, pergelangan tangan keluar dari tepi meja, dan pegang pemberat ringan. Balut dengan 'bandage' jika jari tidak boleh menggenggam.
  2. Angkat pergelangan tangan ke atas perlahan-lahan.
  3. Tahan 2 saat, kemudian turunkan perlahan-lahan.
  4. Rehat 1 minit antara set dan biarkan jari anda bebas.
Nota keselamatan
Jangan meregangkan otot jari yang membengkok terlalu kerap atau terlalu banyak kerana keadaan ini boleh menghilangkan kebolehan genggaman tenodesis yang anda perlukan. Rehat jika pergelangan tangan sakit. Sambung semula senaman jika sakit sudah reda.
Matlamat: Kekuatan tubuh atasKemahiran fungsian

Senaman berkaitan

Dapatkan pelan yang sesuai dengan kecederaan anda

Daftar akaun SCIHAT percuma. Jawab empat soalan ringkas, dapatkan senaman yang sesuai dengan tahap anda, rekod sesi dan kongsi kemajuan dengan jurulatih anda.

Daftar percuma   Cara SCIHAT berfungsi

Maklumat umum sahaja. Ia tidak menggantikan penilaian oleh ahli fisioterapi bertauliah atau pasukan rawatan anda. Berhenti jika anda rasa sakit, pening atau sesuatu yang luar biasa, dan bersenam dalam had selamat anda sendiri.

Dicipta oleh: Noor Hafifi Noorhisham, Universiti Kebangsaan Malaysia, SCIHAT.